Semasa

Berita Baik, Kerajaan Beritahu Rentas Daerah Dan Negeri Dibenarkan Bermula Tarikh Ini Tapi Bukan Pada Tempat Berikut

Kuala Lumpur: Rentas negeri dan daerah dibenarkan seluruh negara kecuali di kawasan Perlntah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perlntah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah dilanjutkan bermula 7 sehingga 20 Disember.

Beliau berkata, PKPB di Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Putrajaya, Labuan, Negeri Sembilan pula ditamatkan bermula esok.

“Lanjutan dan penamatan PKPB itu berdasarkan penilaian risik0 dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, di Selangor hanya tiga daerah ditamatkan PKPB iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor berdasarkan penilaian risiko dilakukan KKM.

Selain itu, di Negeri Sembilan hanya dua daerah dikenakan PKPB iaitu Seremban dan Port Dickson.

 

Sumber : HMetro/Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *