Semasa

“Benarkan Sekt0r Ek0nomi Sahaja” KKM Mahu Pelaksanaan PKPB Diperketat

Masuk hari keenam pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor, Sabah, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sepanjang tempoh ini juga pelbagai pindaan undang-undang dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan aktiviti sosial telah diberi kelonggaran seperti majlis perkahwinan,

solat berjemaah dan pembukaan kemudahan sukan dengan jumlah peserta yang dihadkan.

KKM cadang perketatkan PKPB di Sabah dan Lembah Klang

Susulan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mahu agar pelaksaan PKPB ini diperketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 lebih-lebih lagi di kawasan yang diisytiharkan zon merah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu akan diusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

“… kita perketatkan dan benarkan sektor ekonomi sahaja,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, semalam.

Masih mengenal pasti jenis mutasi kluster di Lembah Klang

Ditanya sama ada virus mutasi D614G dikesan dalam kluster di Selangor, Dr Noor Hisham berkata kajian oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) memerlukan masa satu hingga dua minggu lagi sebelum dapat mengenal pasti sama ada D614G turut dikesan di negeri itu.

IMR sebelum ini mengesan virus mutasi tersebut dalam Kluster Sivagangga di Kedah, seterusnya di Sabah, Kluster Sungai (Kedah) dan Kluster Ulu Tiram di Johor, katanya.

Jelasnya virus mutasi itu menyebabkan kadar kebolehjangkitan yang tinggi, sekali gus meningkatkan risiko penularan lebih meluas.

Sehubungan itu, beliau menasihat orang ramai agar patuh dengan SOP pada sepanjang masa termasuk pemakaian pelitup muka, kerap mencuci tangan serta mengelakkan perhimpunan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *