Semasa

Bekas Kp Musa Nasihatkan Ayop Supaya Berjaga Jaga

KUALA LUMPUR – Tan Sri Hassan Musa menasihatkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay agar jangan gentar dan berjaga-jaga berikutan ketegasannya dalam menjalankan tugas, khususnya yang membabitkan ahli politik.

Bekas Ketua Polis Negara itu yang menyifatkan kenyataan Ayob Khan agar ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan sebagai nasihat yang bernas dari seorang Ketua Polis Negeri berkata, ini kerana mereka akan terkesan dan daripada tergugat daripada ketegasannya itu.

“Nasihat saya kepada Dato Ayob KP Johor. Kejujuran dan ketegasan adalah sifat yang mulia.

“Walau demikian Dato perlu berjaga2 kerana akan menghadapi ramai musuh dari luar dan dalam pasukan yang akan cuba mengkhianati kerana terbiasa dan merasa tergugat diatas ketegasan Dato,” katanya menerusi akaun twitter hari ini..

Dalam temu bualnya dengan MalaysiaGazette, Ayob Khan berkata, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju dalam tindakan beliau dan pegawainya dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang.

Semalam Ketua Polis Johor itu yang mengambil contoh tiada siapa merungut sewaktu beliau bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dan menangkap beratus-ratus orang anggota Jemaah Islamiah (JI) dulu termasuk pengikut Darul Islam dan Daesh.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” kata Ayob dalam temu bual yang disiarkan semalam.

Menurut Musa, ia merupakan penjelasan yang jujur daripada Ayob Khan dan berdoa agar ramai lagi pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mempunyai prinsip dan sikap seperti itu.

“Semoga PDRM sentiasa cemerlang,” ujarnya yang mengucapkan syabas dan memintanya jangan gentar kerana Allah akan sentiasa bersama orang yang menegakkan kebenaran.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan meminta ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis adalah petugas awam yang fungsi serta peranan mereka adalah menguatkuasakan undang-undang.

Katanya, dalam tindakan beliau dan pegawainya dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang itu, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju.

Sumber : kec0h ape

Antaranya lagi

Permit kerja Rayhan Kabir dibatalkan. Tapi ada satu perkara dia perlu buat sebelum diusir balik ke negara asal

Kuala Lumpur, 12 Julai: JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) sudah membatalkan permit kerja lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera dalam laporan dokumentarinya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan JIM sudah membatalkan permit kerja Md Rayhan, lapor Harian Metro.

“Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya,” – , Tan Sri Abdul Hamid Bador

Selasa lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Rayhan Kabir yang ditemubual dalam satu dokumentari 101 East terbitan Al Jazeera yang bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”, mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing apabila pihak berkuasa membuat perangkap terhadap mereka ketika operasi pencegahan wabak covid-19 di ibu kota tempoh hari.

“Mereka membuat perangkap terhadap kami. Mereka mungkin berikan makanan dan ubat-ubatan. Jadi tiada sesiapa menjangkakan bahawa mereka akan ditahan Mereka bukan pembun0h atau penjenay@h. Mereka cuma tidak mempunyai dokumen.” – Rayhan Kabir

Beberapa hari lalu wartawan dan kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung dokumentari tersebut

Sejak ia disiarkan, Al Jazeera menerima kecaman daripada warga maya yang mendakwa kesalahan fakta dalam laporan itu dengan ada yang menggesa Rayhan dan wartawan organisasi media itu diusir.

Pada 10 Julai lalu, Enam kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berkenaan dokumentari itu.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pula membidas Al Jazeera dan menyifatkan laporan itu sebagai pembohongan, serta mendesaknya memohon maaf.

“Menuduh tindakan kita sebagai rasis juga tidak benar. Apa yang dilakukan adalah berdasarkan undang-undang. Jabatan Imigresen Malaysia guna akta imigresen, untuk tangkap mereka yang tidak mempunyai dokumen sah,” katanya.

Pengurusan Al Jazeera mempertahankan dokumentari kontroversi itu dan menyatakan kebimbangan terhadap gangguan yang dihadapi oleh kakitangannya susulan reaksi balas terhadap dokumentari tersebut.

Majlis Keselamatan Negara, yang mengkoordinasi usaha menangani Covid-19, pula memberi amaran bahawa warga asing boleh dibatalkan pas imigresen jika membuat “kenyataan tidak tepat” terhadap negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *