Semasa

Bekas Banduan B0ngkar Kelakuan Dan Realiti Kehidupan Sebenar Anwar Ibrahim Di Dalam Penjra

Di sebalik tirai besi, tiada siapa menyangka, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim membuka lembaran baharu kepada penghuni-penghuni Penjara Sungai Buloh.

Sulaiman Ajik, 49 yang baru dibebaskan selepas dipenjara enam bulan hadir ke pejabat Suara Keadilan berkongsi cerita dan pengalamannya bersama Anwar.

Bekas Banduan Dedah Kelakuan Dan Realiti Kehidupan Sebenar Anwar Ibrahim Di Dalam Penjara

“Kali pertama melihat Anwar di dalam sel waktu itu, saya cukup sayu dan sedih. Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.

“Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan-banduan lain,” kata Sulaiman menceritakan detik-detik awal ketika melihat sosok tubuh pemimpin berjiwa besar di hadapannya waktu itu.

Sulaiman berkata, masa Anwar banyak dihabiskan dengan mentelaah buku agama dan membaca Al Quran. Malah Anwar juga mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas-petugas penjara serta menyampaikan tazkirah seusai solat.

“Beliau langsung tidak menyentuh isu politik, semua pengisian adalah berbentuk nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik dan berguna kepada manusia.

“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, para banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,” katanya yang tidak ralat gambarnya disiarkan Suara Keadilan.

Selepas Lima Tahun Dipenjara, Anwar Ibrahim Akan Dibebaskan Jun Depan? Bekas Banduan Berani Mati Dedah Kelakuan Dan Realiti Kehidupan Sebenar Anwar Ibrahim Dalam Penjara.

Sulaiman dipenjaarakan atas dakwaan memiliki barang cuuri selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar.

Menceritakan pengalamannya lebih lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara sangat menyeksakan bagi individu seusia Anwar.Apatah lagi, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mendeerita saakit belakang.

Mungkin selepas mendapat bantahan peguam, katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur.

“Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas perbaringan. Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang lain yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur,” ceritanya sayu.

Dalam wawancara bersama Suara Keadilan, Sulaiman turut menceritakan kegemaran Anwar menyanyikan lagu Azizah dan berpuisi ketika berada dalam sel penjara. Malah beliau sempat mencatatkan puisi yang dibacakan Anwar.

Temubual penuh bersama Sulaiman boleh didapati menerusi keluaran terbaru akhbar Suara Keadilan yang kini berada di pasaran mulai hari ini.

Sumber : keadilandaily

Parti baharu akan gagal, Tun M lenyap dari radar politik selepas PRU-15, kata Penganalisis.

Parti baharu yang dicadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja akan gagal menjadi kuasa penentu tetapi ia juga akan menyebabkan beliau sendiri akan hilang terus dari radar politik Malaysia selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, parti baharu itu mahu menjadi blok ketiga yang neutral tanpa berpakat sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) sedangkan realiti politik Malaysia menunjukkan negara sedang menuju ke arah sistem dua parti dengan blok ketiga tidak menjadi pilihan dan memberi keyakinan kepada pengundi.

“Tanpa berpakat dengan PH dan PN, parti baru ini dijangkakan bukan sahaja akan gagal merebut kerusi baru tetapi akan turut gagal mengekalkan 6 kerusi sedia adanya, iaitu P004 Langkawi, P005 Jerlun, P006 Kubang Pasu, P146 Muar, P149 Sri Gading dan P151 Simpang Renggam,” katanya dalam hantaran pada laman Facebook hari ini.

Pada Jumaat lalu, bekas Perdana menteri itu mengumumkan penubuhan menubuhkan sebuah parti berteraskan Melayu yang tidak menyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Jelas Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, parti itu akan jadi kuasa ketiga dalam politik negara.

Menurut Kamarul Zaman, berbeza dengan penubuhan Bersatu tatkala isu rasuah sedang mendapat liputan besar media, isu rasuah yang cuba dijuarai oleh parti baharu itu sudah tidak lagi menjadi satu isu besar bila beberapa pemimpin telah didakwa di mahkamah.

Tambah beliau, kenyataan Dr. Mahathir bahawa parti baru itu tidak memerlukan ahli yang ramai tetapi memerlukan ahli yang komited juga tidak memungkinkan kejayaannya.

Ini kerana ia bercanggah dengan prinsip asas demokrasi yang meletakkan suara teramai sebagai penentu pemerintahan, ujar beliau.

“Pengoperasian parti baru ini memerlukan masa, tenaga dan kos yang banyak kerana ia memerlukan pencarian ahli serta penubuhan organisasi di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat yang bukan merupakan satu kerja senang kerana perlu bermula dari scratch (awal), katanya.

Kamarul Zaman berkata, Dr. Mahathir hanya akan membuang masa, tenaga dan kos untuk menubuhkan parti baru itu sedangkan beliau sepatutnya boleh mengatasi semua masalah dengan mudah dengan menyertai parti politik sedia ada.

Tambah beliau, lebih memburukkan keadaan adalah penamaan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Penaja dan penamaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Presiden Penaja parti baru itu.

Katanya, ia memberi gambaran bahawa parti baharu itu adalah sebuah parti yang bercorak kekeluargaan dan kenegerian (Kedah). – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *