Semasa

“Baru saya faham, hampir 100 hari, bila dia tak ada, baru kami perasan” – Saiful Apek

Allahyarham Adibah Noor merupakan pencetus utama kepada lagu Hari Raya, Suasana Di Hari Raya yang dirakam semula 13 peserta Gegar Vaganza 8, April lalu.

Perkara itu didedahkan pelawak dan penghibur versatil, Saipul Apek yang ditemui pada upacara pengebumian Allahyarham, semalam.

“Arwhlah pencetus utama. Dia yang cadangkan agar keakraban kami semua peserta GV8 dijenamakan sebagai Famili Kita.

“Baru saya faham, hampir 100 hari, selepas matlamat itu tercapai, arwh pergi. Bila dia tak ada, baru kami perasan,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful berkata dia menganggap arwh lebih daripada seorang rakan artis dan peserta lain dalam GV8.

“GV8 adalah pertandingan. Tapi bukan nak banding-bandingkan. Saya melihat ukhwah itu.

“Walaupun pertandingan dah habis. Kami masih bersama. Nyanyi lagu raya. Kami bukan sahaja sahabat, tapi keluarga,” ujarnya.

Terdahulu, jen4zah arwh dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, di sini, sekitar jam 9 pagi.

Bapa arwh juga berkesempatan masuk ke bilik pengurusan jen4zah untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir. Malah dia turut ke tanah perkuburan untuk mengebumikan anaknya dan memberikan penghormatan terakhir.

Selain itu kelihatan lebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air hadir memberi penghormatan terakhir. Antaranya seperti Datuk Afdlin Shauki, Nikki Palikat, Suki, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Liza Abdullah, Anuar Zain, Ziana Zain, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani, Saiful Apek, Linda Onn dan ramai lagi.

Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat peny4kit k4nser ovari tahap empat, semalam.

Sumber: Utusan, Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *