Infomaklumat

Baru Je Mangkat Hari Ini, Ini Profil Anakanda Sultan Brunei Putera Azim Yang Ramai Tak Tahu. Patutlah rakyat dia sayang

Berita pemergian anakanda ketujuh kepada Sultan Haji Hasannal Bolkiah hari benar-benar mengejutkan Brunei.

Difahamakan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim telah meninggI dnia hari ini pada jam 10.08 pagi.

Pergi pada usia 38 tahun, Almarhum dikenali sebagai seorang yang penyayang dan begitu prihatin kepada rakyatnya.

Biodata Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim

Unutk pengetahuan semua, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim merupakan anakanda pertama Sultan Haji Hasannal Bolkiah bersama bekas isteri baginda iaitu Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.

Almarhum merupakan kekanda Pengiran Muda Abdul Aziz dan merupakan kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan seorang figura popular di laman media sosial.

Lahir di Bandar Seri Begawan, Brunei, 29 Julai 1982, Almarhum adalah anak sulung Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan Pengiran Isteri Hajah Mariam.

Pangeran Abdul Azim mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Institut Raffles, dan Universiti Oxford Brookes.

Pada tahun 2008, Putera Azim dihantar untuk mengikuti kursus latihan pegawai selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst, tetapi dia berhenti selepas satu minggu.

Pangeran Haji Abdul Azim juga dikenal sebagai seorang yang sangat mengambil berat terhadap aktiviti kemasyarakatan.

Pada tahun 2009, Almarhum menubuhkan dana di mana hasilnya disumbangkan ke badan amal Make A Wish Foundation UK.

Pada bulan Mei 2011, ketika di sebuah pertunjukan amal yang diadakan di Dewan Indera Samudra Empire Hotel dan Country Club, Brunei, di mana 31 orang dengan autisme tampil,

Putera Azim mengatakan bahawa mereka yang menderita autisme harus dilayan dengan terhormat, “seperti mana-mana ahli keluarga anda”.

Dia adalah penerbit dengan syarikat filem yang berpangkalan di London, Daryl Prince Productions yang menerbitkan filem You Not You.

Sikap pro-Islamik ayahnya telah memberi kesan negatif terhadap campur tangan pangeran di kalangan penggiat seni di  Hollywood.

Pemergian Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim

Terdahulu dalam watu hantaran di laman sosial media instagram Bruneiroyalfamily, telah memaklumkan bahawa

Berikut status penuh di laman instagram tersebut Bruneiroyalfamily

” Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

” Dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.

” Jnazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar.

” Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *