Semasa

Baru je kerajaan umum PKPB di selangor, sekali MB minta semak balik

Hari ini kerajaan telah mengumumkan Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 14 Oktober 2020.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakub, PKPB itu terpaksa dilaksanakan susulan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan dan penularan kes, seperti di Klang di Petaling dan Gombak serta daerah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam,14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

Pertimbangkan semula pelaksanaan PKPB di Selangor

Shah Alam : Kerajaan negeri akan menghantar cadangan balas kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan segera agar dapat diberi pertimbangan semula berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor secara mengejut.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berikutan masih ada beberapa daerah di Selangor yang berada dalam zon hijau.

“Pengumuman PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya oleh Menteri Kanan (Keselamatan) sebentar tadi agak mengejutkan kerajaan negeri kerana keputusan mesyuarat tadi menunjukkan hanya Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai bilangan kes yang membimbangkan.

Ada kawasan masih zon hijau dan terkawal

“Sehingga hari ini, secara konsensus kerajaan negeri melihat ada beberapa cadangan tertentu yang boleh dikemukakan untuk pertimbangan MKN.

“Kerajaan negeri berpandangan bahawa beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah masih terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Amirudin berkata, kerajaan negeri akan menghantar cadangan balas kepada pihak MKN dengan segera agar dapat diberi pertimbangan semula.

“Kerajaan negeri berharap semua pihak bersedia dengan perubahan ini agar sama-sama kita berjaya mengawal penularan wabak Covid-19.

“Kerajaan negeri juga sangat menghargai komunikasi krisis yang lebih efektif dan konklusif membabitkan semua pihak agar sebarang ketetapan yang diambil tidak menghasilkan sebarang bentuk ketidaktentuan pelaksanaan yang akan memberi impak kepada petugas barisan hadapan, rakyat lebih-lebih lagi pengusaha industri kecil dan sederhana,” katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat MKN Selangor bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) dan lain-lain agensi untuk pelaksanaan PKPB di daerah Petaling berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 yang membimbangkan.

Reaksi dari netizan

Sumber : kec0hape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *