Keluarga

Bakal istri p0sitif HlV Aku istiqarah, majlis diteruskn. Bila dia mninggal, result post mortem buat aku trkejvt

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Bila baca confession, banyak pulak cerita yang menunjukkan kesampahan lelaki. Suami curang dengan jiran, suami pukl isteri, suami tak straight, sesak jiwa aku.

Jadi, rasa terpanggil nak kongsi cerita aku di sini. Harap dapat memadam sedikit rasa takut dalam kalangan wanita tentang perkahwinan. Aku Din. Tahun ni umur 30. Aku duda.

Kem4tian isteri 5 bulan lalu. Aruwah isteri aku biarlah aku namakan sebagai kasih. Aku dan kasih punya jarak jauh beza usia. Dia 38. Kami kahwin atas dasar pilihan mak aku.

Mak aku suka sangat dengan Kasih. Mak kata Kasih baik, Kasih hormat orang tua, Kasih pandai masak. Serba serbi baik senang cerita.

Dan sebab kasih ni kecil molek orangnya, tak nampak yang umur dia hampir 40. Kami nampak macam sebaya. Bila mak kata nak jodohkan aku dengan kasih, aku serba salah. Sebab aku dah ada girlfriend masa tu.

Kami belajar sama-sama kat U, tapi dia junior aku. Aku panggil dia Ita. Mak tak tahu pasal Ita sebab aku plan nak bagitahu pasal kami bila Ita dah habis belajar.

Tapi bila mak dah keluar cerita pasal kasih, aku macam blur kejap. Mak asyik push aku untuk cuba kenal & kawan dengan Kasih. Sebab mak dah berkenan sangat.

Pendekkan cerita, sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Kasih, mak aku men1nggal. Mak memang dah lama s4kit. Akulah yang jaga mak selama di hspital.

Mak kenal Kasih sebab berjiran katil kat hspital. Bila Kasih melawat mak dia, berbual-buallah dengan mak aku. Tu yang suka sangat dengan Kasih.

Lagi pulak mak aku ingat aku memang tak ada sesiapa, lagilah mak aku nak sangat kami kahwin. Lepas mak pergi, aku buat istikharah.

Aku tak nampak Kasih, tapi aku nampak mak. Setiap kali buat istikharah, aku nampak mak. Sebak g1la rasa sebab aku memang ikhlas & sayangkan Ita. Tapi istikharah tu? So aku ikut jawapan istikharah. Aku pilih Kasih.

Ita menangis teruk. Ita kata aku kena sihir Kasih sebab aku sanggup tinggal Ita yang dah bertahun bercinta demi Kasih, seorang anak dara tua. Entah.

Aku pun tak tahu nak explain apa kat Ita. Ita minta aku pergi berubat & dia sanggup tunggu sampai aku sihat balik, tapi dia minta aku jangan kahwin dengan Kasih.

Aku pesan kat Ita, jangan tunggu aku. Ita berhak dapat lelaki lebih baik. Klise sangat kan jawapan aku. Macam drama pukul 7. Tapi aku memang nak dia bahagia walaupun tanpa aku. Persiapan pun dibuat.

Meriah g1la. Sebab Kasih anak sulung yang telah dilangkah bendul 3 kali. Jadi parents dia excited sangat & nak buat majlis grand kiranya.

Aku ikutkan jek. Kemuncak cerita bila pergi pejabat agama untuk interview sebelum kahwin. Biasanya, sampul keputusan ujian d4rah akan dibuka oleh pegawai pejabat agama depan bakal pengantin.

Masa tu aku dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yang interview Kasih panggil aku masuk bilik dia & terbongkarlah segala kisah.

Kasih H1V p0s1tif. Kasih menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta aku fikir baik-baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada aku nak teruskan atau batalkan perkahwinan.

Bila masuk kereta, aku tengok Kasih. Tapi aku tak tahu nak cakap apa. Kasih minta maaf sesungguhnya. Kasih kata dia b0 doh sebab dia ingatkan dia boleh tipu aku tentang ini.

Kasih lupa yang ada ujian d4rah segala sebab dia hanya nak tutup mulut makcik-makcik bawang yang sibuk tanya bila nak kahwin sedangkan hakikatnya dia tak patut kahwin pun.

Dah tu, aku pak sanggup ke? Ya Tuhan. Bala apa pula kali ni. Aku rasa frust sangat. Jawapan istikharah ni membawa aku kepada musibah ini ke? Aku buntu.

Kasih cakap, terpulang kalau aku nak batalkan majlis. Lagi sebulan. Nak batalkan? Nak cakap apa kat keluarga? Aku tanya, parents Kasih tahu tak pasal ni.

Kasih kata, tak ada siapa yang tahu. Aku teruskan. Aku tak tahu kenapa Tuhan lorongkan hati aku ke pilihan ini. Serius. Bila fikir-fikir balik, macam g1la juga keputusan aku ni.

Sepanjang perkahwinan, lepas solat berjemaah, doa kami adalah supaya urusan kami dipermudahkan, tak kira apa jua kesudahannya.

Aku ajar Kasih solat, mengaji. Kasih cakap dia suka aku sebab dia selalu dengar aku mengaji untuk mak aku masa di hspital. Sebab tu Kasih cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak aku supaya jadikan Kasih menantu.

Kasih cakap, dia tak nak m4ti menderita sorang-sorang tapi at the same time, Kasih tak nak family dia tahu yang dia ada H1V pos1tif.

Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati aku ni memang ikhlas bukan berlandas n4fsu semata. Semakin hari, aku nampak perubahan Kasih. Kulit Kasih mengering macam berkeruping n berbekas hitam.

Bila dalam rumah pun Kasih pakai lengan panjang n tudung. Sebab Kasih kata dia malu kulit dia buruk. Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat. Batuk tak sembuh-sembuh.

Sehinggalah dia s4kit terlantar, aku yang jaga Kasih sepenuhnya. Kawan-kawan pejabat Kasih semua buat andaian yang Kasih kena s1hir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Kasih boleh ada H1V pos1tif.

Sehinggalah Kasih pergi. Selepas Subuh, hari Khamis. Lepas aku mandikan Kasih, dia kata dia s4kit perut. Masa tu Kasih macam dah boleh bergerak sikit.

Aku papah dia ke bilik air. Lepas siap, Kasih kata dia sejuk sangat. Aku selimutkan Kasih & masa tu lah Kasih n4zak depan mata aku. Tiba-tiba.

Kasih sempat minta maaf sebab seolah dia dah aniaya hidup aku n ucap terima kasih banyak kali sebab jaga dia sampai akhir h4yat. Kasih pergi macam tu jek. Mudah. Tenang.

Aku terkelu kejap. Tak tahu nak rasa apa. Kasih pergi bersama aibnya yang tertutup rapat. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun & Penerima Taubat hambaNya.

Oleh sebab Kasih masih muda & tak ada history s4kit teruk, so kena buat p0st m0rtem untuk claim insurans. Mulanya aku tak nak bagi sebab aku risau kecoh pulak tentang punca s4kit Kasih yang sebenar.

Tapi keputusan p0st m0rtem menunjukkan yang Kasih kena T1bi (b4tuk kering) sebab pekerjaan Kasih yang selalu keluar negara.

Even parents Kasih pun tak tahu sampai ke sudah. Jadilah aku duda muda. Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Kasih, Allah hantar aku untuk tutup aiib n jaga Kasih ke hujung ny4wa.

Andai itu takdirNya, aku redha. Semoga Allah tutup juga aib aku n berikan aku ganjaran kebahagiaan di dunia n akhirat. Cinta sejati tu wujud ye, semua.

Aku tak galakkan korang buat keputusan seperti aku sebab aku rasa kisah aku ni rare sangat. 1 dalam seribu kot. Bukanlah aku nak kata aku ni jejaka beriman ke apa.

Cuma mungkin ini ujian untuk aku n alhamdulillah aku berjaya tempuh hingga ke hujung cerita.

Now aku dalam proses nak menenangkan diri. Semoga cerita aku akan jadi semangat buat wanita-wanita di luar sana untuk percaya yang lelaki baik itu masih wujud untuk anda. Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir. – Din (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Syahidan – Sy ada kenalan yg H1V pos1tif. Terkena sebab ddah. Sudah lama dijemput ilahi. Belajar sekolah agama. Bacaan al-quran dia bagus.. byk juga surah hafazan.

Tapi sebab keluarga dan pengaruh rakan.. terjebak jua.. Aruwah kena t4ngkap dan masuk pusat serenti. Emaknya men1nggal masa dia dalam pusat serenti.

Aruwah sangat insaf. Mampu henti ket4gihan ddah dgn sendiri. Jadi imam di surau pusatnya. Sehinggalah aruwah dpt keluar awal.

Bekerja bersungguh2 merata negeri tapi dibuang selepas tahu dia bekas pen4gih. Masa tu ada gadis terg1lakan aruwah. Arwah menolak dgn baik. Namun, gadis dan kelurga tersebut berkeras.

Akhirnya kahwin. Dapat anak sorang. Semasa anak masih kecil, aruwah s4kit tenat. Dalam kesrkitan menghampiri aj4l.. mulut aruwah xberhenti berzikir.

Malah menegur sapa2 yg salah baca Al-Quran. Selepas menghembus nafas terakhir. Aruwah diuruskan oleh hspital.

Apa yg ajaibnya. Allah maha kuasa. Isteri dan anaknya bebas H1V.. Isterinya sudah berkahwin lain.

Ada anak 2 org. Anak aruwah dah sekolah menengah. Allah maha besar. Allah maha pengampun. Allah maha memakbulkan doa org bertaubat.

Nazmani halim – baiknya confessor, nina dan juga ita.. dah habis cerita confessor jgn lupa cerita ita ya.. taktau cemana dia hadapi hidup dia bila ditinggalkan..

aku ada bff yg 10 tahun menyulam kasih, then exbf tu blah mcm xpernah kenal dgn hanya sepotong ayat “mak saya dah ada pilihan utk saya”. jadinya kisah 10 tahun itu apa?? broken teruk bff aku weh sampai skrg xblh move on.

moral of the story, lelaki jgn mainkan perasaan wanita selagi belum halal. main perasaan disini maksudnya takyah bagi apa2 harapan. perempuan pun sama.

takyah bercinta la senang selagi belum halal. kita taktau apa akan jadi masa depan. emotion is fragile things. never play around.

Farin ahmad – Allah selamatkan kau bro. Ko kena terima kasih kat pegawai agama tu. G1la lah ada H1V tp x bgtau kat bakal pasangan siap ingat blh tipu.

Dah 1 kerja plak nanti kalau v1rus berjangkit. P/s dlm Islam, ulama ada 3 pendapat pasal hukum sengaja menyebarkan v1rus ni. Tp tiga2 tu terarah kpd menghukum samada diyat, qisas atau takzir. Yg pasti, berdosa besar.

Ismi jannah – Alhamdulillah. Maha suci Allah. Sesungguhnya Allah menjaga erat aiib hamba-Nya. Cuma manusia ni kdg kdg terlalu cuai,mnyebarkan aib sndri tnpa disedari.

Beruntungnya nina, bersuamikan din. Kita x tau amalan nina sblmnya, mngkin suda benar benar insaf. Mnyesali. Allah pelihara dia n aibnya smpai ke akhir h4yat.

Sumber : IIUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *