Keluarga

Baju Tak Basuh Tak Lipat Tu Memang Tak Payah Cerita La. Suami Buntu Dah Ank 3 Tapi Istri Malas Masak. Barang Dalam Fridge Semua Rosak, Setiap Hari Cuma Pandai Membawang Dengan Adik Bradik

Menerusi perkongsian luahan pada Ahad, dia mengakui sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Menurut lelaki itu, dia mengharapkan isterinya rajin menguruskan keluarga memandangkan hanya dia seorang sahaja yang bekerja.

“Isteri saya jenis tak suka masak, kurang makan dan jenis makan je apa-apa makanan ringan or makanan segera. Sebagai suami, saya dah macam tak boleh nak harapkan dia sediakan masakan apa-apa.

“Sekali tegur, sekali dia masak. Sebulan sekali belum tentu dia masak kalau tak bagitahu.

“Pernah saya tegur, rasa macam bujang je. Lapar makan mi segera, kalau teringin, kena masak sendiri. Kemudian dia buat muka,” kata lelaki itu.

Selain malas masuk ke dapur, wanita itu juga sering membiarkan pakaian di dalam mesin basuh sehingga berbau hapak.

Setiap hari, kerja dia duk bergosip dengan adik beradik dia yang datang rumah.

Malah, segala barang dapur yang dibelinya juga terbiar sepi di dalam peti ais sehingga rosak.

“Kerja-kerja rumah pun jarang buat. Selalu sangat baju yang dia letak dalam mesin basuh auto tu terbiar tiga ke empat hari sampai naik bau hapak. Baju tak basuh dan tak berlipat tu memang tak perlu cerita.

“Ayam, ikan, daging yang saya beli, selalu sangat terbiar je dalam peti ais sampai berbulan.

“Anak-anak lebih rapat dengan saya dari dia. Balik kerja, anak-anak dah mula berkepit. Nak duduk kat riba, minta dukung, minta mandikan.

“Tidur malam, isteri dengan anak bongsu (baby empat bulan), lagi dua anak tidur bilik asing dengan saya,” luah lelaki itu lagi.

Lebih teruk, adik iparnya turut datang dan membuat perkara tidak berfaedah dengan isterinya sehingga segala urusan dalam rumah mereka terbiar.

“Setiap hari, kerja dia duk bergosip dengan adik beradik dia yang datang rumah. Pernah belikan stok makanan ringan sampai RM100 lebih.

“Akhirnya habis dalam masa satu hari dia buat jamuan time bergosip. Kadang-kadang rasa dah penat nak tegur isteri. Tapi masih kuat untuk sabar insyaAllah.

“Buntu dah macam mana nak tegur dan nasihat. Bukan anak orang kaya pun. Tapi lagak dia nak duduk goyang kaki tu, hmmm,” kata lelaki itu lagi.

Bagaikan sudah buntu, dia memohon pengikut Facebook Kelab Rumah Tangga agar memberi idea kepadanya untuk menyelesaikan hal itu.

Selain menerima lebih 7,700 tanda suka (likes), posting itu turut dihujani hampir 3,000 komen netizen.

“Malas memang tiada ubatnya. Tak perlulah kata bini penat jaga anak sampai tak sempat nak buat kerja langsung. Berjuta wanita lain yang bekerja pun masih sempat uruskan rumah tangga.

“Awak kena tegas. Kalau asyik melayan pemalas bini awak, sampai bila-bila pun dia tak akan berubah.

“Jarang suami nak luah perasaan begini. Nampak sangat penyabar orangnya.

“Dari penceritaan awak, awak ni seorang suami yang penyabar dan baik. Mungkin sebab sikap awak yang terus bersabar ni yang buat dia naik lemak,” tulis beberapa netizen.

Sumber : m Star

Antaranya lagi

Adik Beradik Langsung Tak Pandang Kami Walau Sebelah Mata Sebab Kami Hanya Mampu Pakai Proton Saga, Dia Orang Pakai Estima

Kami antara pasangan yang terksan dengan kenaikan harga barang & taraf hidup. Pendapatan kami sekadar cukup makan . Berkel4hi tentang wang bukan lagi rutln bulanan kami. Kami mula belajar tentang bersyukur dan bert0lak ansur.

Pertama sekali terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession ini.

Mari baca confession ni dari sudut kekeluargaan. Lupakan tentang pandangan p0litik dan naik turun matawang kita.

Penggunaan RM yang terhad berbanding dengan permintaan yang tinggi membuatkan kami suami isteri ikat pervt. Ya, ikat perut. Kalau sekali ke pasaraya spend rm100. Ya, kami adalah pasangan yang tak mampu untuk membeli belah. Mana nak fikir rumah sewa, susu pampers anak, perbelanjaan harian, ansuran kereta & motor.tanggvngan ibu bapa & mertua. S3sak nafas!

Kami sampaikan pernah cuba menunggang motor dari Subang ke Kota Damansara membawa anak yang tak sampai setahun. Semua gara-gara ingin berjimat. Sudahnya, seminggu anak saya selsema..kata doc sebab asap & p4ru p4ru anak masih tak cukup kuat.

Saya pernah bersembang dengan seorang kakak didalam bas. Waktu itu sekitar jam 12+ tengahari, dia baru balik kerja. Jaga parking sekitar sentul. Katanya dia kerja malam sebab ada elaun, sy k0men “sekarang ni nak makan pun susah,

kan” katanya gaji dia rm1200, gaji suami rm900, tinggal bersama mak yang lvmpuh, 2 anak yang masih bersekolah & adik yang ada masalah m3ntal. Rutinnya balik kerja berhenti di chow kit road untuk membeli barangan basah, balik masak dan tidur. Kisahnya merentap hati saya. Bagaimana saya boleh fikir mlskin berbanding kakak ni..

Saya pernah terdengar kata kata indah, wang tidak mengubah seseorang, wang hanya menzahirkan nilai kamu yang sebenar. Sungguh! Bila tiada seorang pun dari 6 orang ahli keluarga saya sudi datang kerumah, terniang niang kata kata ini ditelinga. Tinggal di flat mvrahan dengan perabot serba kekurangan membuatkan saya rasa sedikit terhlna.

Tambah pula bila adik beradik ipar yang dulunya memilih rumah kami sebagai destinasi wajib tiap kali dtg ke KL mula ke rumah adik ipar yang baru berkahwin dan tinggal di Kondominium. Kereta Saga kami yang usung mereka kemana saja bukan lagi pilihan setelah adik ipar menukar kereta toyota lama kepada estima.

Mulanya kami berbaik sangka, mesej adik ipar yang duduk di kondominium ni walaupun tak balas. Fikir saya sibuk barangkali. Tapi, tadi dapat tahu dari adik ipar bongsu, adik ipar ni dah tukar no tel. Bila ditanya no baru, kakaknya pesan suruh mesej no lamanya saja.

Ya, no yang whatsappnya tak pernah dibalas sejak september. Seketika saya teringat, 4 kali kerumah mereka tanpa sekali pun sudi datang ke rumah kami. Adik beradik ipar dah berjangklt penyaklt adik beradik saya ke?

Mungkin kisah ni lebih kepada sensltiviti orang mlskin. Mungkin saya terlalu berfikir tentang perkara yang tak perlu diambil endah orang orang lain.

Saya tak tahu apa yang orang lain alami. Tapi saya yakin ada sesuatu yang Allah mahu tunjuk kepada kami. Mungkin nasi pnas & ikan kering kami tak layak untuk tekak orang lain. Mungkin lantai alas tikar getah kami buat kulit mereka gatal… mungkin!

Wallahi, kalau kamu baca dan tahu siapa kamu, datanglah bila bila masa, pintu rumah kami masih & sentiasa terbuka untuk kamu. Adik, abang, kakak,…kerana darah yang mengalir dalam badan saya & suami adalah darah yang sama dengan kamu. Walaupun darah ini hina kerana kemlskinan kami.

Sumber : majalahilmiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *