Hiburan

Artis Wanita Ditahn Akibat Berbasikal Rentas Negeri

(Gambar Sekadar Hiasan)

PUTRAJAYA: Orang awam yang perlu merentasi Selangor untuk ke destinasi di utara atau selatan perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi mengelakkan kesulitan apabila mereka melalui sekatan jalan raya (SJR)

yang akan diadakan di sempadan negeri dan wilayah terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam ini hingga 27 Oktober ini.

“Mereka yang berkereta dari Johor hendak ke Kedah, walaupun menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan, mereka perlu menyeberangi Selangor.

“Tentu saja ada sekatan jalan raya di sempadan.

Kita nasihatkan supaya dapatkan kebenaran daripada balai polis atau pondok polis berhampiran sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesulitan sewaktu melalui SJR.

“Kita cadangkan supaya PDRM benarkan guna perkhidmatan dalam talian untuk permohonan itu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Perkara sama juga terpakai terhadap individu dari luar kawasan yang perlu menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara dengan lapangan terbang yang berada di kawasan terbabit dengan PKPB di Lembah Klang.

Ismail Sabri berkata, beliau mencadangkan supaya individu terbabit mendapatkan kebenaran terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Rentas Daerah Juga Tidak Dibenarkan

Polis Selangor akan menumpukan pemantauan penguatkuasaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan khususnya di laluan utama sempadan daerah dan negeri.

Justeru orang ramai yang tidak mempunyai sebarang urusan penting disaran untuk tidak cuba keluar dari daerah mereka menuju ke daerah lain.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata sekiranya mereka mempunyai urusan penting atau bekerja di kawasan lain

Mereka boleh menunjukkan surat dari majikan dan pas kerja ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).

“Untuk mereka yang mempunyai hal kecemasan boleh mendapatkan kebenaran rentas daerah atau negeri dari mana-mana balai polis berhampiran.

“Namun pihak polis akan melarang atau mengarahkan mana-mana kenderaan untuk berpatah balik sekiranya tidak mempunyai sebarang kebenaran serta urusan mustahak,”

Dia berkata pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, pagi tadi.

Noor Azam berkata, sepanjang hari pertama pelaksanaan PKPB semalam, seramai tiga individu ditahan di SJR

Ini kerana cuba melakukan kesalahan rentas daerah serta gagal menunjukkan sebarang kebenaran untuk berbuat demikian.

“Polis Selangor juga turut mengeluarkan 118 kompaun terhadap mereka yang ingkar arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Apa yang paling penting adalah ingat tiga perkara utama iaitu pakai pelitup muka, jaga jarak dan elakkan berkumpul di tempat sesak,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh 24 jam hari pertama PKPB juga sebanyak 63 SJR diadakan di seluruh Selangor dan penumpuan diberikan di zon merah.

Artis Wanita Ditahan Akibat Berbasikal Rentas Negeri

Tindakan seorang pelakon wanita bersama rakannya berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah, pada 18 Oktober lalu, mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu

Ini apabila melihat hantaran dimuat naik artis wanita terbabit di akaun Instagram pada 3.14 petang semalam.

“Kami melihat ada satu gambar dimuat naik pada hantaran itu yang memaparkan dua wanita sedang berbasikal.

“Gambar itu diambil secara swafoto oleh pemilik akaun berkenaan yang juga artis wanita terbabit berusia 29 tahun itu.

“Berdasarkan gambar berkenaan, kami mengesyaki pemilik akaun berkenaan merentas negeri tanpa kebenaran pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua wanita berkenaan bergerak dari rumah di Dutamas ke sebuah restoran berhampiran Hospital Orang Asli Gombak

Dan meletakkan kereta di kedai terbabit pada 7.45 pagi pada 18 Oktober lalu.

Beliau berkata, mereka kemudian berbasikal melalui jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah pada 8.30 pagi.

“Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke Kuala Lumpur.

“Kedua-dua wanita terbabit ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 8 malam tadi sebelum dibebaskan dengan jamin polis,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342)

Dan Peraturan 11 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 8) 2020.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

Bella Dally ditahan rentas negeri

Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, ditahan bagi membantu siasatan tindakannya mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang pada Ahad lalu.

Difahamkan, selebriti itu ditahan selepas pihak polis melihat satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya yang memaparkan dia bersama rakannya sedang berbasikal.

Satu sumber berkata, hasil siasatan mendapati dua wanita tersebut bergerak dari kediaman masing-masing di Dutamas

Menghala ke sebuah restoran yang terletak berhampiran Hospital Orang Asli, Gombak.

“Mereka meletakkan kenderaan di sana sebelum berbasikal melalui Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah.

“Kira-kira lebih 10 Kilometer mereka berbasikal sebelum patah balik ke kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan tangkapan pelakon tersebut.

Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan pelakon Bella Dally dikecam netizen kerana mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Lembah Klang pada ketika ini.

Kecaman diterima selepas Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, memuat naik sekeping gambar dia me- nyertai aktiviti berbasikal ber- sama rakannya semalam.

Menerusi gambar itu, Bella menulis kapsyen: “Wohoo Gen- ting Sempah with @diyanaba- nana”.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terha- dap pelakon filem Desolasi itu kerana khuatir membawa jangkitan Covid-19 di daerah dan negeri zon hijau. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *