Semasa

Anwar persembah jumlah majoriti kpd Agong. Ini yg bakal berlaku selasa depan

Segambut, 8 Oktober: Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan mengesahkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan di mana beliau akan mempersembahkan dokumen sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Berikut kenyataan rasmi Anwar

KENYATAAN MEDIA
8 Oktober 2020

“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

“Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, InshaAllah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

ANWAR IBRAHIM

Pada 23 September lalu, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Beliau turut berkata bahawa kerajaan perikatan nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin telah tumbang berikutan kehilangan majoriti

Perkara itu turut disahkan Istana Negara dalam satu kenyataan pada hari sama Anwar membuat sidang medianya.

Ada yang mendakwa ini sekadar gimik Anwar, tidak kurang yang mendakwanya berbohong, dan ada pula tidak yakin memandangkan itu bukan kali pertama dia membuat dakwaan sedemikian.

Sumber : kecohape

Artikel lain

Berita Gembira Untuk Rakyat. Ini Pengumuman Dari TNB Dan Bantuan Prihatin 2.0 Untuk Rakyt

Lebih tujuh juta pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) di Semenanjung Malaysia akan terus menikmati diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus

berdasarkan penggunaan elektrik bulanan dari 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020.

Pengurangan ini merupakan sokongan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terhadap usaha kerajaan bagi mengurangkan impak Covid-19 kepada rakyat

dan langkah yang diambil kerajaan bagi membantu rakyat menyesuaikan diri dengan pemulihan semula ekonomi negara ketika ini.

TNB berkata, pengurangan ini adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk untuk bil elektrik

yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

DiskaunBilElektrik-081020-BM-681×454

Menurut Ketua Pegawai Retail TNB, Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, bagi menyokong usaha kerajaan ini,

TNB juga turut meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini.

Inisiatif itu adalah Pelan Bayaran Mudah (pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan),

pengecualian surcaj lewat bayar (bagi tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020) dan ketiga, penangguhan aktiviti pemotongan bekalan,

kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan daripada pihak berkuasa.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web TNB (www.tnb.com.my/prihatin).

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my atau kunjungi Kedai Tenaga berdekatan. – MalaysiaGazette

PM Umum Bantuan Perihatin 2.0. Ini Tarikh Bila Duit Akan Masuk Dalam Akauan Anda

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN)

bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat pandemik Covid-19.

Bantuan BPN 2.0 ini akan mula dibayar secara ansuran bermula hujung bulan Oktober 2020 dan pada bulan Januari 2021.


Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bakal diterima oleh 10.6 juta pemohon dengan jumlah bajet sebanyak RM 7 billion diperuntukkan.

Golongan B40 dan M40 yang bujang ataupun sudah mendirikan rumah tangga layak mendapat bantuan ini.

Pemohon tidak perlu membuat permohonan semula bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0 ini.

Pihak kerajaan turut memberi peluang kepada mereka yang tidak pernah mendapat BPN untuk melakukan rayuan dan permohonan baru.

Kategori penerima


Infografik: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 yang mencatatkan seramai 3.7 juta isi rumah. Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang),

ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40). Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.
Tarikh kemasukan


Infografik: Irujukan

Duit BPN 2.0 ini akan mula dikreditkan kepada mereka yang layak bermula hujung Oktober 2020 dan pada Januari 2021.

Pembayaran BPN akan dibayar secara ansuran sebanyak dua kali.

Kaedah pembayaran

Bayaran BPN 2.0 ini akan terus dikreditkan ke akaun yang telah berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi individu yang mempunyai akaun bank.

Manakala, bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut duit bantuan tersebut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Begitupun, permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Muhyiddin berkata,

kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baru mulai 15 Oktober 2020.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Cara memohon

Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

MALAYSIA: Bantuan Prihatin Nasional atau dikenali sebagai BPN merupakan insentif atau inisiatif pihak kerajaan dalam membantu rakyat ketika pandemlk c0v-19.

Cara permohonan baru dan rayuan serta semakan status penerimaan BPN 2.0

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN.

Kategori kelayakan BPN 2.0 ini adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020. Semak kelayakan anda di sini.

https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx

Sementara itu, anda juga boleh mengemukakan permohonan baru atau rayuan pada tarikh yang sama iaitu mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori isi rumah atau bujang sekiranya menepati syarat kelayakan. Sila klik link di sini.

https://bpn.hasil.gov.my/

Untuk maklumat lanjut mengenai BPN 2.0 bagi golongan B40 dan M40 layari laman web Portal Rasmi BPN.

https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BPN_BM.pdf

Bantuan ini telah banyak meringankan beban kewangan rakyat Malaysia ketika menjalani kehidupan dalam Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri, Irujukan & Jabatan Penerangan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *