Keluarga

Ank Mengadu Brg Belii 0nline Tak Sampai, Bila Check Rupanya Total bnyak Dlm CartLazada

Zaman sekarang membeli belah dalam talian memang menjadi trend kerana ianya sangat memudahkan serta dapat menjimatkan masa. Yelah, kalau beli barang di pasaraya pun, belum tentu lagi jumpa barang yang dicari. Betul tak? Lebih baik shopping online sahaja, segalanya ada disitu.

Seperti perkongsian lucu wanita ini apabila anak perempuannya yang baru berusia 4 tahun juga sudah pandai shopping online. Namun apa yang memeranjatkan adalah si ibu melihat jumlah yang di maklumat pembayaran terkumpul sehingga RM34K. Aduyai anak-anak.

Barang tak sampai

Bonda kenapa Asha beli barang tak sampai-sampai macam bonda punya barang ? Cuba bonda call. Asha beli dekat mana? Lazada. Bila Asha beli? Dah, Asha dah pilih-pilih Asha dah beli. Confident lain macam ni. Cuba bonda tengok lazada. Cuba bonda call tanya kenapa lambat sampai. Mak oih. Terperanjat mak bila buka cart Lazada.

34 ribu nak oi. Delivery je dah seribu lebih. Nasib baik tak pandai bayor. Tahulah bonda ni ada kilang cop duit. Haha. Sabor ye nak. Tunggu bonda cop duit banyak-banyak. Nanti kite beli. Asha. Orang Lazada kata, mainan habis. Ok bonda nanti Asha beli lagi.

Menurut wanita ini, dia ditanya mengenai barang yang masih belum sampai walaupun sudah dipesan oleh anaknya. Selepas diperiksa, wanita ini terkejut melihat barangan yang telah dimasukkan ke dalam troli aplikasi Lazada. Nasib baik anak tak pandai bayar, kalau tidak habislah duit si ibu.

Wishlist penuh

Dalam pada itu seorang lagi ibu turut berkongsi anak pandai shopping online. Bayangkan penuh dalam troli wishlist barang-barang yang diperlukan. Memang bijak betul budak zaman sekarang.

Nasib tak pandai bayar lagi

Kemain shopping macam orang dewasa

Sementara itu ada kes lain dimana Si Anak Terbelanja Lebih RM41,000 Selepas Terproceed Order Bapanya Dalam Aplikasi Shopping Online,Ini Reaksi Si Bapa.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Beijing membelanjakan 70,000 yuan (RM41,000+) wang bapanya selepas membeli barangan secara online.

Menurut laporan, kanak-kanak tersebut seronik menekan butang ‘next’ tanpa berfikir ianya adalah untuk pengesahan pembelian!

Difahamkan, si bapa sebelum itu sedang mencari hadiah untuk isterinya melalui aplikasi beli-belah secara online itu dan memasukkan barangan yang diinginkan dalam ‘bakul’ agar dapat dinilai semula pada hari yang lain.

Kebiasaannya memang begitu kita akan buat, kita park dahulu barang online di dalam bakul, untuk difikirkan semula yang mana satu benar-benar mahu dibeli.

Seperti yang kita sedia maklum, setiap kali pembelian online dilakukan, pastinya pembeli akan menambah masuk maklumat kad untuk membuat pembayaran. Sesetengan kad debit atau kredit tidak memerlukan pengesahan dari pemilik.

Terkejut saat mengetahui barang sampai

Pembelian kesemua barangan itu termasuk cincin, gincu dan beg tangan dari pelbagai jenama terkemuka, malah kesemua barangan itu dihantar ke rumah keluarga itu sehingga tidak cukup ditempatkan di bahagian ruang tamu.

Si bapa memuat naik gambar anak lelakinya duduk di depan kotak-kotak itu, yang dipercayai telah dimarahi akibat perbuatannya menggunakan telefon bimbit bapanya tanpa kebenaran.

Isteri adalah orang yang paling gembira saat menerima hadiah.

Si isteri gembira tak terkata apabila melihat banyak hadiah yang dibelikan untuk dia. Tetapi selepas mengetahui perkara sebenar, si isteri meminta suaminya memulangkan semua barangan itu.

Namun, lelaki itu mengambil keputusan untuk menyimpan sebahagian barangan tersebut sebagai hadiah kepada isteri dan anaknya, manakala yang selebihnya dipulangkan. Nasib beliau baik kerana pihak website aplikasi membenarkan untuk membuat proses retuen item dengan pemulangan duit. Namun ianya memakan masa yang lama biasanya lebih 30hari.

Kanak-kanak itu dihukvm menyalin semula kerja rumahnya sebanyak 300 kali akibat perbuatannya itu.

Reaksi warganet.

Aahani Ahmad – Anak saya pun pandai tapi setiap yang dia berkenan dia bawa tunjuk dulu dan tanya harga berapa.kalau kita cakap mahal dia jawab tak payah la mama nanti adik cari yang lain.yang penting nak apa2 kena minta izin.

Bella Muhamad – Sama la ank buah aku dia tnda mainan byk2 dlm shopee pastu tanya bila brg yg kakak order tu nk smpai cekcik..aku jwb posmen byk nk htr brg kot kak..xpsl posmen yg kena.

Fateen Hazierah – Hati2 dgn kad paywave tu..ada kes budak 12 tahun bawak kad mak pergi beli PS4..pekedai pun layan je..beribu kot terbang.

Amni Asrul – Shay Iskandar hahaha.. Ni kes macam aryan. Tertunggu2 baju spiderman, toys and robot dia. Kata dah beli kat shopee. Sekali tekan nk bayar xpandai kalau pandai hbs CC mama.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Share. Terima Kasih.

Sumber : Intan Norsyazwani / Ohbulan / ChinaPress / ViralPurba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *