Semasa

Anggota JIM Kantoi Rasu-ah, Bila SPRM Siasat Sekali Terjumpa Wang Simpanan. Jumlah Dia Bukan Sikit2

Lepas satu, satu isu timbul membabitkan kakitangan kerajaan terbabit dalam isu rasu-ah.

Sejak beberapa hari lalu penahanan berpuluh anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disy4ki terbabit menerima suapan telah menarik perhatian ramai.

Susulan dari itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasu-ah Malaysia (SPRM) tampil dalam kenyataan terbaru yang mengejutkan ramai.

Hadiahkan ‘koleksi’ kereta mewah kepada segelintir kakitangan JIM yang terbabit dengan sind1ket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di pintu utama negara.

Ini dibuktikan apabila pihak SPRM menerusi operasi Ops Selat bert1ndak mer4mpas 21 kenderaan mewah pelbagai model miliki kakitangan JIM yang diberkas sejak Isnin lalu.

Antara model kereta dir4mpas membabitkan Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan pelbagai kenderaan import lain.

Sumber berkata, semua 21 kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit itu kini disita di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.

” Turut disita 4 motosikal berkuasa tinggi milik kakitangan JIM ditahan re-man terbabit.

” Siasatan susulan dilakukan SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM132,000 selain turut menyita wang di dalam akaun bank milik kakitangan JIM berjumlah RM616,499,” katanya.

Menurutnya, SPRM amat serius dalam membongkar kegiatan rasu-ah susulan penahanan 27 anggota JIM, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

” Siasatan mendapati ejen atau orang tengah ini menggunakan wang dan kenderaan mewah untuk ‘membeli’ hati kakitangan terbabit bagi memudahkan urusan keluar masuk pekerja warga asing bermasalah dari negara ini sejak 2017,” katanya.

Sumber berkata, siasatan SPRM menerusi operasi khas mendapati sind1ket ejen warga asing ini sudah membelanjakan RM14.5 juta untuk meny0gok pegawai SPRM sejak 4 tahun lalu.

Miliki wang simpanan dalam jumlah tidak masuk akal

” Ini dibuktikan apabila ada antara kakitangan JIM berpangkat rendah ditahan memiliki wang simpanan dalam jumlah tidak masuk akal serta kenderaan mewah.

” Bagi mengaburi pihak berkuasa, individu dikenal pasti sebagai orang tengah atau ejen kegiatan h4ram ini mendaftarkan kenderaan mewah menggunakan nama individu lain.

” Ini jelas melangkaui pendapatan individu terbabit yang hanya menduduki Gred KP19,” kata sumber itu kepada Harian Metro.

Mengikut laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), gaji minima gred KP19 bagi klasifikasi perkhidmatan keselamatan dan pertahanan awam adalah RM1,360 dan maksimum RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun.

” Malah, siasatan turut menjurus kepada kehidupan mewah dikecapi termasuk kerap melancong ke luar negara,” katanya.

Menurutnya, SPRM kini meneruskan usaha memburu dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasu-ah berkenaan dapat dikesan.

” Sehingga kini (semalam), lelaki terbabit Yuen Hon Loong, 49, dan Teo Hun Siang, 36, masih gagal ditemui,” katanya.

Menerusi Op Selat, SPRM berjaya memberkas 46 individu pada Isnin lalu.

Melalui laporan Harian Metro bermula Rabu lalu, kakitangan JIM itu dis0gok susulan banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migran untuk pulang ke negara asal mereka.

Sumber : lawaksiot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *