Hiburan

Akibat Terlalu Terkejut Nama Diumum Terima Tajaan Umrah, Pelakon Veteran Mak Wan Terus Pengsan

Pelakon Mak Wan pengsan akibat terlalu terkejut namanya diumumkan antara 25 individu layak menerima sumbangan tajaan pakej menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Menurutnya, dia tidak menyangka doanya untuk beribadat di rumah Allah itu akhirnya menjadi suatu kenyataan.

” Saya tak sangka doa mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah sekali lagi dimakbulkan Allah SWT.

” Sebelum ini, saya pernah menunaikan umrah pada 2015, tetapi ketika itu saya dalam keadaan kurang upaya selepas kemalangan.

” Jadi, apabila diberikan peluang untuk menunaikan umrah sekali lagi, saya sangat bersyukur,” katanya dipetik BH Online.

Mak Wan menerima kejutan berkenaan sewaktu menghadiri sebuah program bual bicara diadakan secara siaran langsung baru-baru ini dan dikendalikan pengacara Didie Alias.

Program tersebut menyaksikan beberapa artis jemputan dan individu kurang bernasib baik menerima sumbangan tajaan daripada penaja. Mak Wan adalah salah seorang daripada insan yang terpilih itu.

Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud ketika ditemubual uga berkata, dia tidak dapat menahan sebak kerana berasakan dirinya terlalu kerdil untuk diberikan penghargaan bermakna seperti itu.

” Saya terharu, rasa seperti insan paling bertuah. Walaupun miskin dan tidak berkemampuan, dapat juga saya menjejakkan kaki ke rumah Allah atas tajaan insan berhati mulia,” katanya.

Tak mampu beli topeng muka, duit tinggal RM20 dalam kocek

” Duit dalam kocek hanya tinggal RM20. Nak beli topeng muka pun tidak mampu,” itu keluhan pelakon, Mak Wan dalam situasi getir menghimpit kehidupan artis veteran yang tidak bekerja.

Bagaimanapun, Mak Wan yang lebih dikenali sebagai Mak Wan Latah bersyukur pengumuman Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyidin Yassin berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), hari ini.

” Saya tinggal di kediaman Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Jika ada penggambaran, boleh saya bayar duit sewa.

” Bagaimanapun, saya sudah empat bulan tiada tawaran kerja. Secara kebetulan, isu penularan virus COVID-19 berlaku, lagilah tiada langsung tawaran berlakon.

” Pengumuman Perdana Menteri memberi pengecualian pembayaran sewa rumah PPRT sehingga tempoh enam bulan ditanggung kerajaan melegakan saya,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku dan Kekasih Paksa Rela itu berkata, dia bersyukur mendapat pengecualian bayaran sewa rumah.

” Tenang hati. Jika tidak, pening kepala memikirkan nak bayar sewa rumah. Saya pula tinggal seorang diri.

” Anak sudah berkahwin dan tinggal berjauhan bersama keluarga mereka. Saya nak keluar rumah tiada topeng muka.

” Macam mana nak beli, duit dalam kocek hanya tinggal RM20,” katanya

Antaranya lagi

Pernah bencl lsIam, gadls lnl akhlrnya vcap syahadah lps mimpi diajak ke masjld

Suatu ketika dahulu Nur Jacyntha Florentius, 25, pernah membenci Islam. Namun, pergaulan hariannya bersama rakan-rakan beragama Islam membuka hatinya untuk menerima agama yang suci itu.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Nur Jacyntha berkata, sejak kecil dia diajar untuk menyembah Jesus walaupun dia sendiri tidak faham agama itu.

“Tapi, aku tak pernah nak kenal Kitab, aku pergi gereja pun sekali sekala. Yang aku tahu dulu, aku sangat benci Islam tanpa sebarang sebab munasabah.

“Orang cakap Islam itu agama yang benar. Aku sering tertanya-tanya kenapa orang Islam boleh kahwin sampai empat,” tulisnya.

Bagaimanapun, setiap persoalan yang bermain di fikirannya mulai terjawab apabila dia melanjutkan pelajaran ke universiti.

Di universiti, Nur Jacyntha berkata, dia tinggal serumah bersama pelajar-pelajar Muslim dan sejak dari itu hatinya mula terdetik untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Sampai la pada tahun 2013, masa ni masuk universiti. I started to bergaul dngan muslim. And thn serumah dngan muslim. I saw they solat, puasa and so on. Dari situ terdetik dlam hati what is islam?

And i start wondering and conpared between christian and islam. Why do christian worship jesus? Why do christian believe in trinity? Why do christian have jesus picture everywhere?

So i do research, i google, i watched youtube, i asked ustaz and i did ask the priest too.. dari situ i learn alot! Dari taktau ape2 pasal nabi2 pun i dah tau. Who is nabi muhammad and who is nabi isa.

I started to downloaded al-quran in my smartphone. Once awhile i read it. I gained more knowledge from thr. Alhamdulillah.

So i mula la ikut kawan muslim berpuasa. Dari puasa tak penuh smpai la i managed to puasa penuh last year (2018) whn im in london even im not a muslim yet!

Nur Jacyntha berkata, dia pernah bermimpi pelik sebanyak dua kali. Kali pertama dia didatangi seorang lelaki berjubah putih yang menyuruhnya membaca al-Quran manakala kali kedua, seorang wanita mengajaknya solat di masjid.

Katanya, kerana mimpi itu dia telah memuat turun ayat-ayat al-Quran ke dalam telefonnya dan mendengarnya sebelum tidur setiap hari.

I always experienced kena tindih masa tido. And i tried open bible audio frm youtube. But? Still same even berbuka audio tu pun benda tu kacau.

So sejak 2 tahun lalu, i pg youtube buka al-quran. Every night i tido bertemankan bacaan al-quran kat tepi. And yes lena tido Alhamdulillah.

Nur Jacyntha berkata, sebelum memeluk Islam dia sudah berjaya menghafal beberapa surah pendek dalam al-Quran selain beberapa jenis doa harian termasuklah doa makan.

Katanya, dia juga telah memakai tudung untuk suka-suka sejak 2013.

Akhirnya pada 20 Februari lalu, Nur Jacyntha meminta izin daripada kedua ibu bapanya untuk mengucap dua kalimah syahadah setelah yakin dengan kebenaran agama Islam.

Alhamdulillah selepas 7 tahun baru la i berani nak bersua dan minta izin parents yang i nak peluk islam. Diorang izinkan syukur 🤲🏻 My dad told me ‘Kalau u rasa tu yg terbaik, i wont halang’

And im official muallaf dah skrng hehe. Imma a proud muallafRed heart Thanks Allah for guiding me to this day even it took so long for it to happen.

Mengakhiri perkongsiannya, Nur Jacyntha berkata Allah datangkan hidayah kepadanya tanpa disedari da dia kini rela mati untuk Islam.

Hidayah tu dtng tanpa disedari. I used to hate Islam back thn but look at me now. I would say that i will die for Islam.

Sumber : cempedakchees

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *