Hiburan

Akhirnya Terbongkar Semua Cerita, Ketika Di Awal Perkahwinan Puteri Sarah Dedahkan Dia Pernah Alami Kehilangan Kandungan Kerana Alami Satu Masalah Ini

Puteri Sarah pernah berdepan kehilangan kandungan akibat kehamilan luar rahim.

PELAKON Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman menakutkan apabila dia mengalami kehilangan kandungan selepas empat bulan berkahwin.

Akibat kehamilan luar rahim, Sarah, 34, berkata dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan perlu menerima rawatan segera.

“Satu benda yang harus diketahui, Sarah pernah kehilangan kandungan dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.”Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkn…

sakit perut teruk nak pngsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital.

”Apabila kena Ectopic pregnancy tak oper4te cepat-cepat ibu boleh hembuskan nafas terakhir ya!,” katanya menerusi Instastory pada Jumaat.

Puteri Sarah berkongsi pengalaman pernah mengalami kehilangan kandungan.

Sarah turut berkongsi foto isteri kepada penyanyi terkenal John Legend iaitu Chrissy Teigen yang mengalami kehilangan kandungan, baru-baru ini.

Sementara itu, Sarah memberitahu dia mengalami pendarhan dalaman yang teruk dan nyawanya berkemungkinan melayang jika lambat menerima rawatan.

“Dahlah masa itu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak pendarahn dalaman.

Kalau tak cepat-cepat (menerima rawatan) dah hembuskan nafas terakhir kut.Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof.

“Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Syaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!,” ujarnya.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Sumayyah yang kini berusia setahun.-mstar

Kalau Nk Ada Org Lain Kena Kerja Keras. Kena Padam Semua Mesej. Mengejutkan Puteri Sarah Muatnaik Sesuatu Di Ig Story Nya.

Rupa Rupanya Ini Yang Berlaku Antara Dia Dengan Syamsul Yusof.

HINGGA kini pelakon Puteri Sarah terus bermain teka-teki mengenai perihal rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof yang dikatakan dilanda badai.

Walaupun tiada sebarang pengesahan, namun pengkongsian kata-kata hikmah di Instagram memberi bayangan hubungan mereka berdepan masalah.

Terbaharu Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik dua petikan kata berkaitan ada org lain dan tidak setia.

“Ada org lain adalah pilihan, bukan kesalahan. Ada org lain ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk t1pu.

“Terlalu susah untuk selingkuh. Lebih baik setia,” demikian petikan kata-kata seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instastory.

Terdahulu menerusi posting berlainan di ruangan yang sama, Puteri Sarah menyatakan dia berharap agar kehidupannya bersama anak-anaknya bertambah baik.

“Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak. Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik…

InsyaAllah,” tulisnya sambil berkongsi lokasi kedudukannya di Ipoh, Perak.

Sebelum ini dunia hiburan kecoh apabila Puteri Sarah dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya,

Datin Fatimah Ismail. Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Menerusi laporan mStar pada 21 September lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu.

Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014

dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3,serta Summayah yang kini berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : M star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *