Semasa

Akhirnya Jamal Bersuara Dan S0und M B S A, Kec0h Pasal Judi Tapi Mesin Jahit Pulak Yg Diangkut

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos secara sinikal mahu Menteri Besar Selangor memberi kursus mengenali mesin juudi kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

” Saya nak beritahu kepada MB Selangor (Datuk Amirudin Shaari) supaya memberikan juga kursus kepada penguat kuasa MBSA bagaimana rupa bentuk kedai juudi ini.

” Seperti yang saya lihat semalam mereka (dalam operasi MBSA) tidak kenal rupa kedai juudi,” ujarnya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di premis perniagaan di Sungai Buloh hari ini.

Jamal mempersoalkan kenapa penguat kuasa MBSA melakukan operasi turut membuat tindakan kepada premis yang tidak ada kaitan dengan premis perjvdian.

Kita mengadu kedai juudi, dia merampas kedai mesin jahit

” Kedai juudi memang sudah wujud tapi semalam kita mengadu kedai juudi, dia merampas kedai mesin jahit.

” Oleh hal yang demikian saya membawa mesin jahit untuk beritahu mereka kenal atau tidak kedai mesin jahit atau mesin juudi?” soalnya.

Jamal juga kesal dengan apa yang telah berlaku kerana peniaga kecil-kecilan baru sahaja mula mencari makan selepas empat bulan tidak dapat berbuat demikian gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa menghadapi operasi MBSA yang menyusahkan mereka.

Terdahulu Jamal yang juga Penaung Peniaga Kecil Selangor bersama ketua Badan Gabungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar hari ini melawat dan berjumpa dengan peniaga di kawasan itu.

Ia susulan selepas pihak MBSA melakukan operasi bersepadu sehingga menyebabkan ramai peniaga di kawasan kaki lima telah diberikan notis 24 jam untuk mengosongkan kawasan terbabit.

Noh Omar tanya kenapa tauke juudi sehingga kini tidak diambil tindakan?

Operasi berkenaan dipercayai ada kaitan dengan isu video tular mengenai premis perjvdian yang berleluasa di Sungai Buloh sehingga membawa penahanan beberapa pegawai penguat kuasa MBSA oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak semalam

Sementara itu, Noh berkata, pihaknya meminta penjelasan mengenai tauke juudi yang sehingga kini tidak diambil tindakan, sebaliknya peniaga yang mencari makan sejak puluhan tahun lalu yang terkesan.

Katanya, isu berkenaan akan dibawa ke Dewan Rakyat sekali lagi untuk mendapat pencerahan kerana apa yang berlaku ketika ini disifatkannya sebagai berat sebelah.

Pada sidang media itu Penaung Peniaga-Peniaga Kecil Selangor Datuk Jamal Yunos turut membuat gimik mesin jahit sebagai mesin juudi yang dirampas MBSA.

Katanya, sepatutnya peniaga di situ tidak diambil tindakan sebaliknya premis yang digunakan untuk aktiviti juudi yang perlu dibanteras sepenuhnya.

Sumber : malaysiagazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *