Keluarga

Ajak kahwin sbb dia pakai kereta vios. Buat majlis mewah, Rupanya aku silap, lepas kahwin hidup berubah 360 darjah

Aku mendirikan rumahtangga tiga tahun lepas, di usia yang masih muda iaitu 22 tahun. Kahwin muda, bercerai pun muda.

Masa kahwin tu, fuh. Pelamin mewah. Makan beradat. Karpet merah. Pintu gerbang. Goodies bag mewah. Hantaran mahal. Make up daripada MUA terkenal.

Siap photographer. Siap shoot outdoor indoor. Bayangkan berapa ribu riban habis tu. Mujurlah mak bapak hulur-hulur juga.

Bila dah kahwin, tahulah luar dalamnya. Dah makan sepinggan, tidur sebantal. Dan kesilapan paling besar aku pernah buat, berhenti kerja selepas berkahwin..

Awal-awal berkahwin, itulah fasa paling mencabar dalam hidup. Masa tu, kami sama-sama pindah rumah baru..

Kalau sebelum ni tinggal dengan mak ayah, mak ayah tanggung serba serbi, bil dibayar lancar. Makan tanggung, berak cangkung.

Duit ada pun untuk cukup makan je. Itu pun lepas aku bergadai semua barang kemas. Barang yang aku beli sebelum kahwin pun habis dipenjara.

Di sini pengajarannya, sebelum kahwin tu patut aku prepare persediaan selepas kahwin. Maknanya hal sedemikian tak patut berlaku.

Patutnya duit untuk selepas kahwin patut dah ada, tak perlu bergadai macam-macam untuk kelangsungan hidup tu.

Patut sebelum kahwin dah beli tong gas, dah beli mesin basuh, dah beli peti ais. Lepas kahwin senang, cuci kaki je masuk.

Tapi, nak buat macamana. Awal-awal dah salah langkah..Terpaksalah terima. Dengan aku tak bekerjanya. Nak sangat jadi suri rumah. Jadilah.

Macam geli benar nak makan. Usik sikit, terus basuh tangan. Sebak hati masa tu. Iyalah, makanan tak mewah..

Situasi diburukkan lagi dengan campur tangan pihak keluarga suami. Bila sekali sekala mak mertua bertandang ke rumah, banyak sungguh rungutannya. Ingat kahwin tu benda manis semuanya?

Tidak kawan, kalau dapat mak mertua cerewet, pening juga kepala. Semua tempat dia nak ubah. Meja di sini tak kena, rak pinggan nak diubahnya.

Sampai katil dalam bilik kami pun dia suruh ubah ke bahagian lain. Bagi aku, tak patutlah mana-mana mak bersikap begitu dengan menantu.

Kehidupan anak menantu selepas kahwin, biarlah. Jangan campur, mereka sedang belajar membina hidup. Aku jadi tambah tertekan.

Tak cukup perbuatannya menyinggung perasaan, kata-katanya banyak juga yang mengguris di hati.

Atau memang salah aku tak kenal dulu keluarganya sebelum kahwin. Sepatutnya aku ambil masa, kenal dan faham dulu. Bukan tergesa-gesa setuju mahu diijab kabul.

Bila dah jadi begini, tengoklah. Nak salahkan dia juga pun tak boleh, mana tahu memang dia orangnya cerewet. Akulah yang patut disalahkan. Kenapa dari dulu tak kenal dulu keluarganya?

Beberapa bulan bertahan, akhirnya suami mula melancarkan perang dingin. Tidak bercakap denganku.

Selalu tidak pulang ke rumah, kebanyakan masa tinggal di rumah orang tuanya. Rindu mahu tidur dalam bilik beraircond, mungkin.

Dialah tempat aku mengadu dan meluah. Sampai aku boleh bangun dan menapak semula mencari bahagiaku. Teringat pesannya. Aku layak bahagia, katanya.

Kawan aku, nama dia D. D kahwin sama bulan dengan aku. Aku kahwin dulu, D kahwin selang dua minggu berikutnya. Dia kawan baik aku. Kawan dunia akhirat.

D kahwin dengan lelaki biasa. Suaminya kerja di bengkel kereta sebagai mekanik. Suaminya cuma ada motor ketika menikahi D.

D pula ada kereta Kancil. Dengan kereta dan motor biasa itulah mereka mula membina hidup.

Masa aku ke majlis perkahwinan D, majlisnya sangat ringkas. Makanan yang dihidang macam makanan di hari raya.

Aku kahwin pun dia makeup. Hehe. Jadi wajahnya sangat cantik bila make up. Dah jimat, tak perlu upah orang.

Walaupun dia MUA, majlis kahwinnya sangat ringkas. Dan D sangat cantik di hari bahagianya.

Pelaminnya kecil saja, khas untuk hadirin jika mahu berfoto sebagai kenangan. Tiada jambangan bunga di segenap sudut. Tiada lampu spotlight merata ceruk.

Tiada bridesmaids. Tiada DJ kenduri, tiada sesi karaoke atau cabutan bertuah. D cuma hadiahkan tetamu dengan sambal hitam bilis berapi, pun dibuat dengan tulang empat keratnya. Sedap.

Kenangannya di hari bahagia cuma diabadikan guna telefon pintarnya, iphone 7 plus. Boleh tahan cantik gambarnya.

Tidak. Kerana itu pilihannya. Kerana D ambil langkah yang matang dalam membina kehidupannya..

Kali terakhir jumpa, D sedang hamil anak sulungnya. Dah puas honeymoon, dah sedia mahu hamil, katanya. Aku tumpang bahagia untuk D.

Akhir sekali, kesimpulan cerita aku.

Kereta mahal, rumah besar, pelamin besar, photographer mahal, baju mahal. Itu semua tidak menjanjikan bahagia. Bahagia yang sebenar adalah bila kita bersederhana dalam kehidupan..

Dan kahwinlah bila tiba masa, kahwin bila yakin kita bersedia. Jangan kahwin sebab trend, bila tengok kawan kahwin, kita pun nak kahwin..

Be prepared bila kahwin, bukan semuanya indah. Banyak dugaan menanti..

Jangan berhabis terlalu banyak untuk majlis yang gah sekadar untuk kagumkan tetamu jika tidak berkemampuan.

Majlis yang diadakan untuk bermegah-megah adalah ditegah oleh agama selain menganjurkan pembaziran..Bila fikir-fikir balik, berbaloi ke?

Rugi rasa. Buang duit yang dikumpul berbulan, bahkan bertahun, hanya untuk satu hari itu..Sekadar untuk impress orang. Sedihnya hidup kan.

Dan belajarlah kenal kehendak atau keperluan. Banyak benda yang kita nak cuma kehendak saja.

Melebihi keperluan. Dan kita berkerja keras untuk mencapai kehendak, sedangkan sebenarnya keperluan sudah mencukupi.

Bahagiakah kita? Tepuk dada, tanya diri kita. Bahagia macamana yang kita cari?

Bersederhana itu lebih indah. Semua orang layak mendapat peluang untuk membetulkan kesilapan lalu..Jangan tinggal terlalu lama dalam episod kesedihan. Bangun lah, kita layak bahagia.

Sumber : lamanmayapw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *