Keluarga

Ainul Mardhiah ‘naik pangkat’ jadi kak long, ibu selamat bersalin ank lelaki

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin yang membuang ketumbuhan dalam mulut di London, United Kingdom (UK), setahun lalu kini sudah bergelar kakak.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 25, menerusi satu posting di Facebook berkongsi kisah gembira apabila isterinya, Nurul Erwani Zaidi selamat melahirkan anak kedua mereka yang juga bayi lelaki pada Khamis petang.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT. Khamis, 3.40 petang. Khalifah,” tulisnya.

Posting Ahmad Safiuddin turut dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen atas kelahiran bayi lelaki itu.

“Tahniah. Semoga mama dan baby sihat dan dipermudahkan urusan, tahniah juga untuk Ainul sebab dah naik pangkat jadi kak long,” kata Siti.

 

Ainul semakin sihat dan sudah pandai bercakap.

“Alhamdulillah. Tahniah buat anda sekeluarga dikurniakan cahaya mata kedua. Penyeri rumah tangga. Yeahh Ainul dah jadi kakak sekarang. Semoga membesar dengan sihat bersama adiknya. Aamiin,” kata Hafiz.

Dalam pada itu, Ahmad Safiuddin turut berkongsi keletah Ainul sewaktu menerima kehadiran adiknya.

Sekarang Ainul dan boleh bercakap, bermain, belajar sama dengan adik ya di rumah. Alhamdulillah. Isteri dan anak kedua sihat walafiat.

AHMAD SAFIUDDIN AHMAD RAZAK

Bapa

“Tadi video call mama dengan adik dia, habis dicungkil-cungkil hidung si adik dalam telefon.

“Kalau jumpa depan-depan ni macam manalah,” katanya mengenai anak sulungnya yang bakal menyambut hari lahir kedua Ogos ini.

Malah dia turut bersyukur kerana kehadiran anak keduanya itu hadir tepat pada masanya.

 

Gambar sewaktu Ainul berada di United Kingdom untuk menjalani pembedahan tumor di mulutnya.

“Lepas ni kakak Ainul dah ada kawan bermain. Boleh explore dengan adik. Boleh main dengan adik. Belajar sama-sama dengan adik. Membesar sama sama dengan adik.

“Selama ni main sorang-sorang je di rumah, kalau pergi hospital bila Ainul nampak kawan-kawan sebaya dia, mesti Ainul tersengih-sengih seolah ingin bercakap dengan kawan tu.

“Sekarang Ainul dan boleh bercakap, bermain, belajar sama dengan adik ya di rumah. Alhamdulillah. Isteri dan anak kedua sihat walafiat,” katanya.

Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun 2019 yang turut dibantu pelatih pakar bedah UK, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Antaranya lagi

Tiada Lagi Had Maksimum 250 Orang Di Majlis Sosial, Asalkan Ada Penj4rakan S0s1al & Patuh SOP -Ismail Sabri

Putrajaya, 10 Julai – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi had maksimum 250 orang di acara sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Mesyuarat telahpun bersetuju untuk mengehadkan dari segi peserta berdasarkan kepada keluasan tempat dan dengan syarat adanya pematuhan penjarakan sosial sejauh satu meter.

“Masjid tidak perlu lagi satu pertiga selagi ada penjarakan sosial, jumlahnya tidak kira, berdasarkan keluasan masjid tersebut.

“Begitu juga dengan majlis perkahwinan di hotel, kalau dewan boleh memuatkan 1,000 orang, dan dengan penjarakan sosial boleh ada sampai 800, maka 800 orang lah.

 

Katanya, jumlah tersebut bergantung kepada keluasan tempat berkaitan dengan syarat patuh kepada penjarakan sosial satu meter.

Pesannya, kawalan kendiri dan pematuhan SOP merupakan langkah terbaik yang menyumbang kepada kawalan kes C0V1D-19 di negara kita.

“Hari ini genap 30 hari PKPP dilaksanakan. Dalam tempoh itu, kerajaan telahpun memberikan banyak kelonggaran dan membuka hampir keseluruhan sektor ekonomi dan membenarkan banyak aktiviti-aktiviti harian yang lain.

“Dua hari berturut-turut, kita didapati tiada warga negara Malaysia yang positif C0V1D-19. Setelah 25 hari, tiada kematian di negara kita.

“Oleh itu, kawalan kendiri merupakan kaedah terbaik untuk mencegah diri daripada dijangkiti,” katanya.

“Justeru, pastikan SOP asas seperti penjarakan sosial dan pemakaian penutup muka sentiasa diamalkan di tempat-tempat awam,” tegasnya.

Sumber : sk / kaki jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *