Hiburan

Abang DD Buat Parodi Tentang Nak Bawa Keluar KWSP Akaun 1 Buat Netizenn Terhibur. Cuma Kali Ini Berbeza

Bagi mereka yang aktif dalam media sosial terutama dalam YouTube, channel Dd Chronicle ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana rata-rata pengguna sudah mengenali siapa beliau.

Didi Sulaiman, 40, atau lebih dikenali dengan Dd Chronicle ini sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia Youtuber, tetapi bermula 2015, beliau lakukan secara serius.

Apa yang menarik mengenai video parodi beliau yang diangggap lain dari lain adalah, video yang dihasilkan itu seakan-akan memperlihatkan beliau berinteraksi bersama orang di dalam video tersebut.

Namun begitu, beliau lakukan semua itu hanya editing dan beliau lakukan bersendirian serta bilik di rumahnya dijadikan sebagai tempat rakaman dan suntingan video.

Sejak kebelakangan ini, berita pengeluaran KWSP Akaun 1 hangat diperkatakan di media sosial.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih sedang memuktamadkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 Ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar.

Menerusi video terkini dari abang DD, dilihat beliau k0ngsikan satu parodi menelefon pekerja KWSP dan bertanya tentang pengeluaran one off.

(Parodi) Pemanggil Enggan Menjawab Salam Operator KWSP

Berebut Bagi Salam : Pemanggil Enggan Menjawab Salam Operator KWSP

Posted by Dd Chronicle on Tuesday, November 17, 2020

Komen Orang Ramai

Semoga orang atasan kwsp tengok video ni dan fahamilah msalah segelintir masyarakat yang terkesan. Bukan terkesan kena bvang kerja saja tau.

Dlm lawak2 ade mesej yg berguna …ade jgk idea yg bernas…btul jgk..mne yg x layk tu..ape salahnya klo dpt one off 1 atau 2k…sbb dlm masa ni semua terbeban…mybe bban kita kurang skit dri yg hilang kerja…tp msih terbban jgak..one off 1-2k cunn.

Terbaik bang.. dua2 pihak kena tr0ll ni. Tapi cdangan tu mmg bagus pun..tambah kel0nggaran kluarkan KWSP utk Mana yg pendapatan kurang Masa PKP ni.

Hahhh hebat dlm kelakar ada terselit mesage yg hendak disampaikan…tahniah bro mmg pecahh perut.

 

Sumber : FBDDChronicle/OM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *