Keluarga

“4 hari lagi birthday & bakal bergelar bapa,” Rider Grabfood ‘Pergi’ Dijemput Ilahi Ketika Hantar Makanan

Malang tidak berbau. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya ditentukan olehNya. Tidak akan lewat atau awal walau sesaat.

Begitulah juga dengan kisah yang tular sejak pagi tadi apabila seorang Ilahi penghantar makanan disahkan meninggal dunia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Kejadian berlaku di persimpangan masuk Manjalara pada jam 2 petang semalam yang melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang rider berkenaan dengan sebuah lori pasir.

Mangsa langgar lari

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Badrul Hisham bin Mohd Saufi dikatakan menjadi mangsa langgar lari ketika sedang dalam perjalanan menghantar tempahan kepada pelanggan.

Berpuluh runner Grab Food datang membantu

Ekoran dari kejadian itu, satu perkongsian di Instagram telah tular memaparkan puluhan rider Grab Food yang merupakan rakan Allahyarham datang ke tempat kejadian

Mereka hadir menghulurkan bantuan bagi memastikan jenazah Badrul Hisham diuruskan sebaiknya sebelum ketibaan ambulans.

https://www.instagram.com/p/CGrykOYBW4x/

Mangsa bakal bergelar bapa

Lebih menyedihkan, adalah lagi empat hari sahaja Allahyarham akan menyambut hari lahirnya.

Allahyarham sangat teruja untuk menghantar isteri tersayang melakukan pemeriksaan kandungan serta membeli barangan keperluan untuk bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.

https://www.instagram.com/p/CGsNmyDBfSY/

Perginya Allahyarham mencari rezeki untuk isteri dan anak bakal lahir

“Minta jasa baik saudara saudari untuk Sedekahkan Al-Fatihah buat Muhammad Badrul Hisyam bin Mohd Saufi”.

“Perginya pada hari Jumaat semasa sedang mencari rezeki untuk isteri dan anak yang bakal lahir”.

Sambutan hari jadi bertukar majlis tahlil

“Excited nak bawa isteri pergi checkup dan beli keperluan baby, tapi Allah lebih mengetahui”.

“Lagi 4 hari nak sambut hari jadi bertukar menjadi majlis tahlil untukmu Badrul. Terima kasih banyak2 buat rider2 Grab dan yang lain sanggup datang tolong arwah tadi”.

Video rakaman dashcam bagaimana kejadian berlaku

Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan melalui ujian getir ini.

Sumber : yoy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *