Infomaklumat

25 ekor kerbau adik Syukor mati mengejut. Ini doa mentri agama

Pagi ini menerima berita kematian tiba-tiba 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.

Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. ⁣

Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya.

Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT.

Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. ⁣

Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.⁣

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ⁣

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas,

dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Pagi ini menerima berita kematian mengejut 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Sunday, September 13, 2020

Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada.

Setakat pagi ni dah lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut.

Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan.

Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini.

Difahamkan, Syukur telah menjadi buruan lensa jurugambar dalam dan luar negara sejak beberapa tahun lepas lagi.

Bagaimapun, beliau mendapat populariti selepas gambar yang memaparkan kebolehannya berinteraksi dengan lebih 100

ekor kerbau peliharaan ayahnya, Khamis Jusoh, 63, tular di media sosial.

Ada yang menggelarkan Muhammad Syukor Kampung Boy, Budak Koboi malah Budak Kerbau.

Gambar Syukur mendapat perhatian selepas gambar berkenaan muncul juara peringkat Asia dan terus digelar sebagai ‘Syukur The Kampung Boy’ oleh netizen.

Pelajar tingakatan dua itu berharap anugerah yang diperolehnya akan turut memberi inspirasi kepada rakan-rakan lain

supaya menyantuni haiwan kerana ia juga makhluk ciptaan Allah yang mempunyai naluri seperti manusia.

Syukur berkata selain memberi motivasi kepada dirinya, anugerah yang diterima hari ini diharap turut dapat memberi inspirasi

kepada rakan-rakan lain supaya menyantuni haiwan kerana ia juga makhluk ciptaan Allah yang mempunyai naluri seperti

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : kec0hape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *